SAYA DAN PLKN

Sekarang ni, jadual aku memang padat. Jarang lah ada masa terluang. Aku punya sibuk sekarang mengalahkan Perdana Menteri. Masuk kerja sebelum jam 7 pagi, balik pula kalau nasib baik, merasalah balik jam 6:30 petang. Itu kalau nasib baik. Biasanya tak nasib baik. Balik rumah pula dah penat. Nak mandi, kejar Asar, makan. Biasanya sebelum jam 9 malam, aku dah tidur. Sampai aku rasa tv aku kat rumah tu jadi hiasan je lah. Mana ada masa nak tengok. Sia-sia juga isteri aku langgan Astro Warna semata-mata nak tengok Maharaja Lawak. Nasib baik kumpulan Balas merangkap faveret aku masih bertahan. Amir tu entah mambang apa dia seru sampai boleh bertahan tak kena tendang lagi. Pelik aku dengan taste korang ni. Tak sedar ke yang Amir tu memang tak berbakat langsung?



Tapi, sibuk macamana pun, boleh kata jarang sangat lah aku termiss siri Every Singaporean Son. Korang layan tak siri tu? Memang mantap lah. Semangat patriotik diorang ni memang aku tabik lah. Memang betul siri tu pasal Khidmat Negara (National Service diorang panggil) diorang, tapi kita memang boleh tengok betapa seriusnya diorang dalam NS. Kalau nak bandingkan dengan Khidmat Negara kita, fuhhhh, memang jauh panggang dari api. Tapi kita nak complain sangat pun tak boleh juga. Objektif penubuhan PLKN dan NS memang berbeza. Tapi, sorry to say, aku rasa kita ni terlalu berlembut. Serba serbi nak lembut. Contoh memang banyak. Korang tengok American Idol? Cuba tengok peserta dia. Semua matang dan tak mengarut. Cuba kita tengok Akademi Fantasia pula. Ada peserta yang bercakap dengan kamera, dan ada yang lagi bangang bercakap dengan motor. Tak cute lah weh benda-benda macam tu! Macam bangang ada lah. Tak boleh ke kita buat something dengan lebih serius? Ini dah lah bercakap dengan kamera, suara pun kadet aku nyanyi lagi sedap! Jangan sampai aku complain pasal Ogy Ahmad Daud punya pemakain tudung!



Lepas tu dalam NS, yang aku tengok dalam tv, diorang tidur dalam berek. Khidmat Negara kita aku tak pasti. Mungkin ya juga kot. Tapi aku pernah lah ada pengalaman handle budak-budak PLKN buat perkhemahan. Tapi perangai memang manja beb. Korang nak camping, tapi aku dengan anak-anak buah aku pula yang kena pasang khemah untuk korang. Amboi amboi amboi. Kalau pasang 5-6 khemah tu takpelah juga. Tapi kalau dah datang tu dalam 300 orang, banyak lemak kau! Apa salahnya kau belajar pasang khemah sendiri. Macamana nak pandai kalau taknak belajar. Itu lah, masa sekolah nak masuk badan uniform yang senang-senang. Kalau boleh nak masuk St John Ambulan dengan PBSM. Kentel betul lah! Aku yang menjawat jawatan ahli Kadet Bomba selama 5 tahun ni pun merasa pergi berkhemah. Apa barang masuk PBSM. Dahlah kawad pun berterabur.



Lepas tu dalam siri Every Singaporean Son tu, aku suka betullah tengok diorang belajar menembak. Taktik semua dia belajar. Tapi yang paling penting, sikap sepanjang kelas menembak tu. Serius dan matang. Aku tak pernah lagi jaga budak PLKN menembak, tapi aku biasanya akan datang lah untuk tengok kawan aku ajar diorang. Terkial-kial beb. Betul, mungkin itu kali pertama diorang dapat pegang senjata. Tapi tak boleh ke kalau tunjuk yakin sikit. Janganlah tunjuk rasa nervous tu sangat. Tenang. Abang-abang askar kat tepi korang tu boleh tolong korang kalau korang ada masalah. Lain kali, berani sikit, ok?



Tapi, hal-hal pasang khemah dan menembak ni aku boleh consider lagi lah. Ada lagi benda yang lagi buat aku panas beb. Hal makan. Pada pendapat aku lah, kita ni terlampau lembut. Peduli lah kau orang awam ke apa, once kau dah masuk PLKN ni, cuba lah jadi matang sikit. Serius sikit ok. Jangan lah kau buat perangai mengada-ngada tu lagi. Kau ingat kau comel? Ringan je tangan aku ni tengok perangai manja tak bertempat ni. Aku faham bukan semua orang sama. Tapi bila waktu makan, korang punya demand tu memang boleh mendatangkan benci.

"Saya tak makan telur", "Saya tak makan ikan", "Saya tak makan sayur"


Cilakak. Sayur pun tak makan. Sebab tu senang kena penyakit. Tu lah dari kecil tak diajar makan sayur. Kalau ada yang cakap dia tak makan daging tu, kita fahamlah. Itu sebab agama dia tak bagi makan daging. Apa-apa pun, hal-hal kaum dan agama ni jangan dibuat main. Kena hormat satu sama lain. Tapi yang badan gemuk tak makan sayur tu memang aku tak boleh tahan. Tak nak makan sayur konon. Aku bagi makan biawak baru kau tahu.

23 rekrut nak bersuara:

hasyikin ismail said...

huhu.. plkn nih just 30% ketenteraan.. the rest charcter building, kenegaraan n khidmat komuniti,. . so sb tu diaowg xtekan kn sgt hal2 kawad nih, time kami dulu pon sepanjang 3bulan, rsnya skali jer ktaowg kwad.. huhu.. tu pon basic,, tp bg kmi yg mmg dah teror kwad suma tu kacang jela..huhu

Sang Pemerhati said...

uuu..setuju...tapi sampai tahap tak makan sayur tu memang mengada habislah...bagi biawak pun takper...rasa ayam...hahahah.. ;)

e.c.h.a said...

pistol best.!m16 ngan stayer kureng.~ :)

mohdbinabu said...

well said lah bro.aku pun addicted dengan ESS tuh!!

p/s: komen ko pasal AF tu pun mengancam jiwa juga.Haha

Jemari MonteL said...

bebudak mesia skang memangler.... 'maju' sesgt... sb tuh sayur pon x mam n manje kededek... heh... !!! *sigh*

Budak Setan ! said...

biawak pun tak makan...

manja betol budak zaman skang..

Darth Trust said...

askar kita biasa minum air stokin, ludah, dan lain-lain yang sama waktu dengannya. konon untuk bersedia untuk berperang. Singapore NS titikberatkan soal kesihatan dan stamina. ATM suka menitik orang je.

Bab-bab mendera dalam ATM ni memang champion, kalah Singapore. Itu je lah yang Singapore kalah. Kalau perang, belum tentu Malaysia menang.

~Eizny Ejan~ said...

hehe sy bks dak plkn. mmg pn ade stgh bdk2 xnk mkn ats asln x sdap la pdas sgt la itu la ini la.. last2 ngadu kt kita jgak. mmg tyme 2 ase nak ape je .. sape suh xnk makan sdangkn da ade mknan free.

Khalis™ said...

amboi amboi amboi. bukan main lagi korang ye.

Ateeka Amer said...

bagi je makan biawak. sapa kata biawak takleh dimakan.

Ateeka Amer said...

eh aku rasa Darth Trust tuh hensem.

JAIRO said...

rupa nya bz plkn patutla lama tak nampak update hehehehe

alfie said...

skali dia mintak " en..saye makan cencorot jek..sume mende mainstream nih saye xmakan " fuhh ganas nih

Ismail Fitry said...

Baik masuk Pengakap! Pandai jugak nak pasang khemah.

Sre Shaziela said...

saya nak blaja menembak. tapi umo dah lanjut nak msk plkn.

ade tak abg2 askar nak tlg ajar saya? :D

Esteban Granero said...

Itu lah, masa sekolah nak masuk badan uniform yang senang-senang. Kalau boleh nak masuk St John Ambulan dengan PBSM.

terbaekkk bro, kahkahkahkah!!!

rudy said...

Rasa-rasa kau "Every Singaporean Son" tu jujur tak? kalau aku orang Spore, aku tak mau orang lain (baca: Malaysia, Indon malahan Thailand) tengok aku training NS macam mana.

Pada pendapat kau macam mana agaknya perbandingan NS Spore yang ditunjuk dalam rancangan ESS tu dengan mula2 rekrut kita masuk Tentera Darat?

ururules said...

betul dowh ape ko cakap.. bebudak meleisia nih. mmg lembut nak mampus.. bebudak laki yg yg masuk plkn sume nak berlagak macho je.. gile kau.. awek comel ramai gile kot! mau seko2 tanak blagak macho. tak serius pun. pasang kemah tak reti. kawad terabur. kalau ade plkn buat cam akademi fantasia tuh.. sumpah aku kate.. setiap budak2 yg lalu depan kamera mesti bercakap ngn kamera.. pastuh si kamera pun angguk2.. geleng2.. WTF?!!!!

pastuh stok bahasa.. yew.. lew.. apew.. sapew!.. te lew tew! bahasew apew kowg bicarew nih?! WTF?!!!

anak komando said...

kawan2, jemput membaca kat blog excdo.blogspot.com. Dasat gak baca pengalaman veteran komando nih. Tp lawak lagi banyak aku rase...hahahah

AcikTanpaNama said...

aku setuju, rakyat malaysia manja sangat...pastu mengamuk konon takder patriotik la...dah didik anak camtu..manja semacam cubit pun tak pernah.

AcikTanpaNama said...

jap cerita tu channel apa beb?

SumBody Me.. said...

jenjalan sini :)

pikavav said...

ala...budak manja 2..tgok sape a...kalo kem aku..heh..try a diorg wat manja2 cm 2..haa..percume a kne teriak cik,,,,,togk kem jg sbrnnye....
aku dlu pon join plkn...xde plak cm 2....hadoii..latihan pon gler2..