Tahun ni aku beraya di Pantai Timur. Kena adil dan saksama. Tahun lepas aku dah beraya kat kampung aku. Jadi tahun ni aku kenalah bersikap adil. Kena bagi peluang kat isteri tercinta pula. Bersyukur dapat balik raya. Awal-awal masuk askar, 6 tahun direct aku tak balik raya. Orang tengah takbir raya, aku steady je kilat kasut kawad. Rilek je beb. Dengar lagu raya Sudirman pun boleh maintain senyum. Esok tu lepas sembahyang raya, cakap dalam telefon dengan mak ayah, rasa berkilat juga mata. Baru sedar betapa rindunya nak beraya bersama keluarga.
Kalau askar yang kena bertugas masa Hari Raya ni, memang dapat macam-macam sumbangan. Kain pelekat, syampu, dodol, ketupat segera, kuah kacang segera. Kuih pun macam-macam jenis ada. Warna pun meriah beb. Ada kuning, ada merah, ada hijau. Bentuk pun macam-macam. Ada bentuk bulan sabit, ada bentuk bintang, ada bentuk bulat. Punyalah excited masa tu. Seronok sangat lah dapat sumbangan Hari Raya. Dia punya seronok tu memang sesuai dengan peribahasa, 'bagai mat rempit mendapat Kancil'. Cuma yang aku kecewa tu, rasa semua sama. Lantak lah kuih tu dalam bentuk apa pun. Memang menduga kesabaran betul. Beg pun dapat juga. Macam-macam warna ada. Yang paling style sekali yang jenis galas. Siap ada lambang Angkatan Tentera Malaysia. Rasa cool habis la masa beratur nak daftar masuk kapal terbang pakai beg galas ATM. Haii, ingat-ingat balik, rasa macam gampang pun ada. Benda tu pun boleh rasa cool.
Kalau nasib tahun tu baik sikit, dapat la muka aku masuk televisyen. Ya lah, askar-askar yang bertugas masa raya kan dapat ditemuramah dan masuk televisyen. Lepas tu cakap ramai-ramai, "Kami, Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas di xxxx, mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin!", diikuti dengan sorakan kegembiraan. Memang gembira beb. Rakaman tunjuk abang-abang askar ni bukan main lagi masak rendang lah, masak ketupat lah dalam hutan, padahal rakaman tu di buat tepi padang bola dalam pangkalan je. Cari tempat yang nampak semak-semak sikit, nampak hutan-hutan sikit. Haha. Kena tipu je lah penonton televisyen ni. Tapi tak dinafikan memang ada juga rakaman yang betul-betul dibuat di kawasan operasi. Wartawan mana yang masuk hutan buat rakaman tu memang betul-betul True Wartawan. Aku doakan dia berjaya dalam bidang kewartawanan.
Oleh itu, aku harap masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga Malaysia terutama sekali pembaca blog Catatan Seorang Askar ini. Terima kasih banyak-banyak kerana menyokong dan menjadi pengikut blog ini. Ingin juga aku memohon maaf banyak-banyak sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa di dalam entri-entri aku dan rakan-rakan sebelum ini. Kalau aku ada terkutuk abang-abang, kakak-kakak Tentera Udara, itu cuma sekadar bergurau semata-mata. Aku sayang semua tak kira Darat yang gagah dan tangkas, Laut yang kacak dan bergaya, dan Udara yang ...... (isikan sesuka hati anda). Buat pembaca-pembaca yang tidak berkhidmat di bawah ATM, I love you so much. Tanpa sokongan anda, siapalah kami di sini.
Buat rakan-rakan Tentera Darat yang sedang berkhidmat tidak kira di mana anda ditugaskan, Selamat Hari Raya saya ucapkan lebih-lebih lagi kepada mereka yang ditugaskan di kawasan-kawasan operasi dan sempadan. Jasamu dikenang. Buat rakan-rakan Askar Melayu, kekalkan prestasi dan jagalah nama baik Rejimen. Tidak dilupakan juga rakan-rakan di Renjer, Artileri, Armor dan yang paling dikasihi, abang-abang Gerak Khas. Bertugaslah demi Agama, Bangsa dan Negara. Peliharalah kedaulatan negara yang dicintai ini. Buat tuan Manan yang berkhidmat di bawah panji Kor Ordnan DiRaja, salam rindu untuk tuan. Buat sahabatku Mej Khalis, yang bakal berlepas ke Lubnan dalam tempoh terdekat ini, bertugaslah demi Agama dan peliharalah nama baik negara semasa di sini.
Buat rakan-rakan Tentera Laut, bagi mereka yang bertugas di kawasan operasi, jagalah keselamatan anda. Walaupun aku sibuk memberi duit raya kepada anak-anak buah, anda yang bertugas di samudera perlulah sentiasa berwaspada dan sentiasa bersedia dalam segala hal. Pertahankanlah perairan kita dengan hati yang ikhlas. Buat junior ku, Kamisdan, ingat-ingatlah aku di sini ketika kat bergembira menyambut Syawal di Melaka. Kau bila nak naik Lt Kdr weh?
Buat rakan-rakan Tentera Udara pula, ...., erm, kau ambil lah tekan tubi 50 kali dulu.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
24 rekrut nak bersuara:
mmg lambat beb!
hehe. rilek la bro.
buat kawan-kawan kadet atma? hehehe~
Macam gadis-gadis pun ada jugak bentuk ucapan ni.
Apahal ko macam jaki ja dengan TU jasni? hahaha..
cilake. lu bila nak ke medan perang? asyik duduk opis je. gua dah lama tunggu ni.
kalah ucapan pak najib ni.
selamat hari raya..mintak maaf kalau tersalah silap hehe
Perghh.. lama giler tak update blog ni.. ko masuk guardroom ke bro..
apesal gaya penulisan da berbunga-bunga?
aniwei, selamat raya abang jasni :)
selamat hari raya!
yeay...update dah...bahasa dah tak mcm abg askar je...huhuhuhu
entri gadis2 ke hape ni? hahaha
aku harap brader ni dapat ganti Tan Sri Azizan satu hari nanti
Blog ni antara penyebab kenapa aku start rajin tulis blog. Memang genius!
Selamat hari raya
Salam Perantau
Ismail Fitry
New Zealand
esteban - selamat hari raya juga untuk budak2 atma dan upnm
stingray - mana ada jaki. kami geng ma.
pipiyapong - pas kena hamid seround, aku gi perang ok?
ateeka - takdelah. PM lagi power. terima kasih BN!
kudabesi - selamat hari raya juga.
sabri - guardroom pala hotak lu
puan halizah - selamat hari raya
nightingale - selamat hari raya
kayhebat - bahasa menunjukkan bangsa
leyha - ni entri orang Melayu
ireseoir - Insyallah
ismail fitry - yeke? terima kasih banyak. belikan jersey all blacks satu boleh?
macam aku yang lambat je...
Selamat Hari Raya, Abg Jasni. Semoga inspirasi mencurah2 utk terus tulis blog yang awesome ni!
Untuk bebudak TA takde ke? Kalau takde TA, siapa nak pakai barang secondhand yang dah rosak yang regular jeling sebelah telinga pun tak nak?
Selamat Hari Raya. Teruskan lah menulis.
So apa kes kau dengan TU & TA?
slamat hari raya..
org TL mmg kacak bergaya..
sbb tu aku kawen dgn warga TL.
haha..
Pekerja Kontrak : better late than never
Pocongmolek : nama ko cam gampang
Snuze : selamat hari raya juga
hansac : selamat hari raya TA!
rudy : selamat hari raya
cipuding7 : bravo my friend, bravo.
salah kiter ke?;(
Post a Comment