BUDAK ATMA

bangun pagi tu, Jasni rasa tak sedap hati. rasa malas je nak bangun. gosok gigi, sabun, mandi, semua Jasni rasa serba tak kena. mee goreng yang dimasak pun Jasni tak lalu nak makan. oh ya, pagi ini buat kali pertama, Jasni akan melapor ke kapal. inilah kali pertama Jasni akan naik kapal untuk menjalani latihan. Jasni tidak segembira rakannya yang lain. dia tiada member yang naik kapal sama dengannya.


jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Jasni makin berdebar-debar. kapal yang patut dinaikinya sudah di depan mata. dengan debaran di dada, Jasni melangkah menaiki kapal.


hari pertama di kapal sudah cukup menyeksakan. Jasni disuruh menanggalkan segala pakaian kecuali seluar kecilnya dan disuruh berbaring di atas pelantar kapal yang panas disimbah matahari. melentik-lentik juga badan Jasni menahan panas. pegawai-pegawai yang lebih senior hanya duduk di tepi menggelakkan Jasni. salam perkenalan bak kata diorang.


dalam ramai-ramai pegawai yang membuli Jasni, Jasni paling tak suka dengan Jabar. kalau bab bab membuli, dia lah nombor satu. padahal Jabar tu budak ATMA (sekarang ni dipanggil UPNM). budak-budak ATMA ni mana merasa hell sewaktu latihan. lembut. sesetengah orang cakap, pegawai ATMA ni Produk Mee Segera. belajar lebih kurang, keluar-keluar terus pakai pangkat besar. tapi knowledge kurang. sesetengah orang la cakap. aku tak cakap.


masa makan malam, semua pegawai kena ada sama untuk makan di dalam kapal. Jasni makin takut. meja makan dah penuh dengan pegawai. dalam 14 orang semuanya. Big Boss pun ada juga untuk makan malam. tiba-tiba,


Big Boss : Jasni, kau tahu apa maksud All At Sea?


Jasni : Maksudnya confused, tuan.


Big Boss : Bagus. apa maksud Jonah?


Jasni : Bringer of bad luck, sir.


Big Boss : Very good. apa maksud Purser?


Jasni diam. dia kurang pasti apa maksud Purser dalam perkataan tradisi tentera laut.


“ekeleh, itu pun tak tahu ke? apa yang kau belajar kat fakulti pegawai hah?!”, sampuk Jabar tiba-tiba.


Jasni betul-betul rasa tercabar. kurang ajar betul budak ATMA ni. kalaulah Jasni lagi senior, memang Jabar kena blanket party la malam tu. tapi memandangkan Jabar Si Budak ATMA lagi senior, Jasni diamkan sahaja.


Big Boss : Takkan itu pun tak tau kau ni. Jabar, cuba kau explain maksud Purser.


Jabar terdiam. dari riak wajahnya, Jasni tau Jabar pun tak tahu. Jabar cuba berbisik dengan rakannya di sebelah untuk bagitau apa makna Purser.


Big Boss : Kau ni tahu ke tak maksud dia?


Jabar : Ermm. maaf tuan. saya tak pasti maksud dia apa.


Keletuk! Keletuk!


hati Jasni puas melihat kepala Jabar diketuk dengan cawan Big Boss.

SEMUANYA JASNI

prup prap prup prap prup prap!


kadet-kadet berlari keluar dari dewan makan. sedap betul minum petang hari itu. kuih seri muka walaupun seorang limit 2 ketul je, kadet-kadet bersyukur dapat makan kuih yang sedap. kena pula dengan air nescafe o cair.


jam masih menunjukkan pukul 3:45 petang. masih ada 15 minit sebelum sukan petang bermula. selalunya, budak-budak kadet akan berlari pusing pangkalan petang-petang. kalau malang sikit, dibawa berlari ke stadium. naik tangga turun tangga. memang menangkap betis dan peha. masa awal-awal dulu kena berlari, dekat 2 minggu juga Jasni jalan mengengkang. sakitnya tak payah cerita. itu jam kalau ada orang tepuk peha, rasa nak tumbuk balik je muka orang tu.


15 minit yang ada mana boleh dibuang begitu sahaja. leftenan-leftenan muda yang bertugas memang pantang tengok kadet duduk diam. ada je idea diorang nak belasah kadet. belasah petang-petang memang tak best. time tu, semua leftenan muda beratur sebelum gi sukan. tapi ada juga yang tak pergi sukan pergi melepak kat kolam renang makan laksa. sambil-sambil menunggu pukul 4 petang, leftenan-leftenan muda akan kerumun budak-budak kadet untuk buli budak-budak kadet.


“haaa...siapa sini most junior, keluar depan!”, kata salah seorang leftenan muda.


dalam skuad kadet, Jasni lah yang paling muda. memang ada yang sebaya dengan dia, tapi Jasni lahir bulan 8. geng-geng dia semua lahir awal lagi.


Jasni melangkah lesu keluar. memang semua orang tau, siapa keluar depan, mesti kena hell punya. geng-geng leftenan muda dah sengih kat depan melihat mangsa.


pak puk pak puk! Jasni ditampar-tampar. ada juga melaun mana yang ambil kesempatan terajang punggung Jasni dari belakang. tapi Jasni tak tahu siapa sebab dia tak berani nak toleh tengok.


tengah Jasni dibuli, makin ramai geng-geng leftenan muda yang datang nak belasah kadet.


“haaa. siapa sini bapak dia askar, keluar cepat!” kata seorang leftenan muda.


dalam skuad Jasni, hanya Jasni seorang yang ayahnya askar. demmm kata Jasni.


puk pak puk pak! tubuh Jasni ditumbuk-tumbuk, kakinya disepak-sepak, mukanya ditampar-tampar.


“ooo. kau ingat bapak kau askar, kau ada kabel lah ye kat sini. jangan harap!” kata salah seorang leftenan muda. dahla badan kecik, ada hati nak jadi gangster.


“haa. siapa sini orang kl, keluar cepat!”, kata seorang leftenan muda yang lain.


dalam skuad Jasni, dia seorang je budak kl. ah! ini dah terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau lepas tu masuk mulut babi hutan.


“eh! kau lagi? hehehehe”, gelak seorang leftenan muda.


puk puk pak pak!

TEMPURUNG MAUT


Jasni pilih semak yang tebal. mata meliar melihat keliling takut-takut ada jurulatih. peluh jantan betina deras mengalir laju dari kepala botak Jasni. bulu-bulu lengan Jasni dah meremang naik. kulit lengan dah jadi macam kulit ayam. Jasni sakit perut yang amat sangat.


line clear. Jasni yakin. cepat-cepat dia melondehkan cawat daun buatan tangannya. perut Jasni sakit sangat. sampai tak boleh berdiri tegak. terbongkok-bongkok. Jasni lega sejurus mencangkung. mujur petang tu cirit. kalau sembelit, susah. makan masa. Jasni nak buang air pun kena curi-curi.


Jasni lega. panggilan alamnya selesai. selepas menyarungkan cawat, Jasni bergerak yakin seperti tiada apa yang jadi. dia kemudian pergi join kawan-kawannya cari makan di dalam hutan.


bang! bang! bang! tiga das tembakan kedengaran menandakan masa untuk berkumpul. ada yang bawa rebung, ada yang bawa biawak. Jasni hanya membawa pucuk paku. dia kekurangan masa mencari makanan sebab sakit perut tadi.


makanan-makanan yang dikumpul direbus di dalam periuk. rebus cepat sikit masak. kalau nak panggang, memang tak cukup masa. semua orang tak sabar-sabar nak makan. masing-masing dah duduk mencangkung tepi periuk dengan tempurung di tangan. dalam latihan, mana ada pinggan. tempurung tu lah jadi pinggan. lauk dah nak masak.


“hoi! siapa berak tak tanam ni?!”, tiba-tiba Jurulatih Manaf bersuara.


Jasni diam pura-pura tak tahu. kawan-kawan Jasni dah pandang sesama sendiri. tiada siapa yang mengaku. Manaf tak puas hati. satu-satu semak dia selak. last-last Manaf jumpa juga khazanah tinggalan Jasni. Manaf senyum tanda puas. sebiji thunderflash dipacakkan di atas najis Jasni.


Kebabow! bersepai najis Jasni.


“hah! tunggu apa lagi. meh sini sorang-sorang sapu taik ni kat muka korang!”, Manaf memberi arahan. Jasni dan rakan-rakan melangkah longlai.


“macamana? sedap tak makanan korang?”, Manaf bertanya.


“sedap staff”, jawab Jasni dan kawan-kawan lemah.


setitis air kuning menitis jatuh ke dalam tempurung Jasni.

MIHUN SINGAPORE


semua kadet tunduk manjamah mihun goreng singapura. senyap tak kata apa. sedap sangat agaknya. semua makan dalam keadaan laju. seorang pun tak kata apa. Jasni seorang sahaja tak makan supper malam tu. dia cuma minum milo kerajaan yang disediakan.


“kenapa kau tak makan kadet?”, terdengar satu suara di belakang Jasni.


Jasni menoleh. kelihatan Roslan, leftenan muda bertugas sedang berpeluk tubuh memandang Jasni.


“saya kenyang tuan”, Jasni memberi alasan.


“sebelum aku terajang, baik ko pergi makan”, ugut Roslan.


perlahan-lahan mihun goreng singapura di depannya dimasukkan ke dalam mulut. dikunyah mihun tersebut perlahan-lahan. tawar bagai tiada rasa bagi Jasni.


“ok. semua kadet beratur kat luar!”, laung Roslan.


berlari-lari semua kadet meninggalkan dewan makan. macam askar-askar tak jadi makan dalam cerita Sarjan Hasan.


hasil laporan lawatan malam dibaca. bilik-bilik kadet mendapat teguran bilik kotor.


“apa lagi kadet. guling la!”, Roslan macam tak sabar-sabar nak membelasah.


10 minit berguling, Jasni muntah.


aku cakap dah aku taknak makan tadi!

HARAM

Jasni cukup suka bila ada kursus tentera. yelah, Jasni berkhidmat di Malaysia Timur, kursus-kursus pula biasanya dibuat di Semenanjung. pergi kursus di Semenanjung adalah peluang bagi Jasni untuk balik ke Kuala Lumpur untuk mencium tangan kedua ibu bapanya, lepak minum teh tarik di Pelita KLCC atau Pelita Ampang Point bersama rakan-rakan sekolahnya serta King of Letup, dan berjumpa dengan tunang kesayangan.


Jasni lebih seronok bila kursus tu melibatkan 3 perkhidmatan, Darat Laut Udara. Jasni dah bosan berkursus sesama Laut sahaja. asyik asyik muka yang sama dia tengok. nak juga dia merasa bergaul dengan Darat dan kasta Udara. lagipun, Jasni cukup teruja nak pergi kursus kali ini sebab rakannya, Johnny akan turut menyertai kursus tersebut.


Johnny seorang pegawai Udara. orang melayu, orang pantai timur. nama sahaja macam omputih. orang pantai timur nama mesti komersial. mamat kelantan seorang tu entah nama apa masuk boyband terus tukar nama Danny X-Factor. Jasni tahu nama sebenar dia bukan Danny sebab Jasni pernah terbaca dalam Pancaindera.


Johnny bertugas di sebuah pangkalan udara di pantai timur semenanjung. dia juga suka bila dipanggil menyertai kursus. dekat pangkalan pun, bukan ada kerja sangat. ah, air force. kerja apa sangat nak buat. jet-jet pejuang pun bukan seorang dapat satu. daripada melangut menunggu gaji masuk akhir bulan, peluang dapat berjalan ke Kuala Lumpur memang tak akan dilepaskan.


Johnny ada 3 isteri. semuanya cantik-cantik, putih-putih, gebu-gebu. semuanya dari pantai timur belaka. Jasni tahu sebab dia pernah curi tengok masa Johnny 3g dengan isteri dia. walaupun ada 3 isteri, Johnny tetap hot stuff. girlfriend dia punyalah ramai. dari keliling pinggang sampai ke lutut. mulut manis agaknya. ini stok cucuk tebu tepi bibir pun boleh tumbuh sampai ke besar.


Jasni ditempatkan sebilik dengan Johnny. Jasni cukup seronok. malam-malam mesti tak cukup tidur sebab layan berborak. Johnny memang banyak pengalaman dan tak segan untuk berkongsi pengalaman.


“kau nak tau Jasni, aku ni macam-macam jenis perempuan aku dah rasa”, Johnny memulakan cerita.


“hebat betul tuan ni. semua bangsa ke tuan dah try?”, tanya Jasni.


“dahhhh. semua bangsa aku dah try”, jawab Johnny sambil memejam mata.


“tuan memang legend la. airforce memang camni ek?”, tanya Jasni.


“airforce memang camni Jasni. enjoy memang championship”, Johnny berkata sambil menghembus asap rokok.


beberapa minit berlalu tanpa Jasni dan Johnny bersuara.


“kau tau Jasni, aku pernah tahap bosan sangat sampai aku layan pelacur”, Jasni tiba-tiba bersuara.


“gila! boleh kena penyakit tu tuan. pelacur lawa ke?”, tanya Jasni.


“tak lah. pelacur tua. badan 4 kali lagi besar dari aku”, jawab Johnny.


“best ke?”, tanya Jasni lagi.


“macam main dengan babi”, jawab Johnny.


Jasni gelak guling-guling.

ASAS PENYELAM

“kiri kanan kiri...kiri kanan kiri”, budak-budak kadet berkawad menuju ke dewan makan untuk makan tengah hari. satu platun ada 30 orang. setiap hari akan gilir-gilir jadi ketua kelas. hari itu, Jasni jadi ketua kelas. jadi ketua memang letih. kalau orang lain kena push up 50, ketua akan kena lebih. tiada siapa yang sanggup jadi ketua. sampai ada yang sanggup offer topup maxis 30 kepada sesiapa yang sanggup take over jawatan ketua kelas untuk hari itu.


jarak antara kelas ke dewan makan tak jauh. dalam 200 meter sahaja. walaupun dekat, cukup bahaya. time tu la senior-senior leftenan muda ni suruh berhenti lepas tu bagi lompat katak. ishh, lompat katak ke dewan makan lepas kelas memang seksa. sambil lompat, tangan sebelah kiri pegang beg sekolah.


hari rabu makan sedap. cuma yang tak best, minum air kosong panas. sepanjang 9 bulan jadi kadet, memang tak boleh sentuh air berais. kalau nak minum ais, kena tunggu time mendayung perahu besar pergi Teluk Batik. dapat la juga makan aiskrim roti. nasib baik tengah hari tu lauk ikan sardin masak kicap. pedulikan air panas tu. tekak kadet masing-masing dah terliur.


“hoi kadet!”, tiba-tiba satu suara memecah suasana.


“barissss...henti!”, Jasni memberi arahan berhenti kepada platun kadet.


“check, satu, dua”, kadet-kadet bersuara sebelum berhenti. kelihatan Manan sedang berehat di bawah gazebo bersebelahan kolam ikan. hari itu, Manan duty. jadi dia makan awal. lepas makan, dia terus standby kat gazebo tunggu mangsa-mangsa kadet berkawad.


celaka. asal aku jadi ketua kelas je, mesti Manan duty, getus hati kecil Jasni.


Manan memanggil Jasni menggunakan isyarat tangan.


“panas betul hari ni kan kadet”, kata Manan sambil mendongak ke langit.


“ya tuan”, jawab Jasni. a good cadet always say yes.


“kesian kau kadet panas panas ye. cuba ko try masuk dalam kolam ni. aku nak kau tangkap 5 ekor ikan untuk aku”, kata Manan sambil menunjukkan ke arah kolam ikan yang berkeladak.


gila! aku dahla pakai uniform putih ni. kalau masuk kolam, basuh guna dynamo pun tak tentu hilang, fikiran Jasni makin bercelaru. tapi diikutkan juga kata Manan. kalau melawan, penampar jadi santapan tengahari. dengan kasut tak buka, dengan uniform masih disarung kemas, Jasni membenamkan diri ke dalam kolam.


“haaa, apa lagi! ikan aku mana?!”, Manan berkata.


Jasni menyelam. diraba-raba dalam air kolam yang berkeladak. buush! Jasni keluar dari kolam. di tangannya kelihatan seekor ikan.


“ikan tuan”, kata Jasni.


“kah kah kah! bagus! selam lagi! kan aku kata aku nak 5 ekor ikan”, Manan ketawa bagaikan diri dirasuk syaitan.


Jasni kembali menyelam. member-member Jasni yang masih berbaris langsung tak berganjak. nak jeling ke Jasni pun tak berani. takut Manan nampak.


perghh...kolam punya besar, nak tangkap ikan emas memang letih.

THE NEED FOR FOOD

makan tengahari memang sesuatu yang ditunggu-tunggu kadet. sebelum kena hayun pada sebelah petang, kadet semestinya memerlukan tenaga. setiap kali nak makan tengahari, Jasni memang excited.


hari itu hari rabu. double excited. makan hot dog masak cili. ah, bagi 4 pinggan hot dog masak cili pun Jasni senyum lebar. sedap sangat. sama seronok macam masa Jasni sekolah asrama kat kuantan beberapa tahun dahulu. hari rabu mesti makan nasi ayam. Jasni memang sukakan hari rabu.


satu meja untuk 6 orang kadet. setiap orang dah ada tempat masing-masing. sebenarnya kat kerusi makan masing-masing, takde nama. nak duduk mana pun boleh, tapi masing-masing dah ada tempat faveret masing-masing. hari tu, meja Jasni hanya ada 4 orang. Acong dengan Rizal Tango makan kat bilik sebab sakit mata. Jasni makin seronok. bermakna banyak sikit dia boleh makan hot dog cili tengahari tu.


Jasni kenyang. puas makan nasi dengan hot dog cili. sayur, ikan masin, kari daging langsung tak tersentuh. hot dog cili je laku. licin. meratah hot dog je semua. nasi putih menggunung lagi dalam mangkuk nasi.


“kadet, kalau korang semua nak balik rehat, aku nak tengok semua lauk dengan nasi atas meja korang licin”, Roslan bersuara. dia duty hari tu.


Jasni dan rakan-rakan semeja tak senang duduk. Lokman sambar pinggan ikan masin. habis diratahnya sampai licin.


“aku dah makan bahagian aku. yang lain korang habiskan”, kata Lokman.


sepantas kilat tangan Salimi sambar pinggan sayur kangkong. Ridwan pula pantas sambar kari daging. tak sampai 5 minit, licin pinggan sayur dengan kari daging.


“apa lagi Jasni. kau habiskan la nasi putih tu”, kata Salimi.


ah gila. nasi putih tu banyak lagi. koman-koman boleh bagi 6 orang lagi makan.



“kau makan la cepat. kitorang dah makan bahagian kitorang”, marah Lokman tapi marah dalam berbisik.


petang tu Jasni tak larat berlari.