SYARAT WAJIB

Tangan berurat Jasni memaut kemas stereng kereta nasionalnya. sesekali Jasni melihat jam di tangan kirinya. sesekali Jasni mengelap manik-manik peluh di dahinya. walaupun pendingin hawa kereta telah dikuatkan ke tahap maksimum, Jasni masih terasa bahang.



“habislah aku kali ni. aku seorang je yang tak sampai-sampai lagi”, Jasni bercakap seorang diri sambil sesekali mengintai di cermin pandang belakangnya. janji nak mesyuarat pukul 2 petang, ini lagi 5 minit pukul 2 baru nak gerak. dengan jalan sesak lagi. kalau jalan clear pun, paling cepat boleh sampai dalam 20 minit. kalau sesak, kadang-kadang boleh habis sekotak dunhill 14.



telefon bimbit buatan Finland berbunyi. melihat pada skrin sahaja, Jasni dah bertambah debar. Jasni tekan butang hijau.



“ha. kau kat mana dah ni Jasni? lembab benar!”, kedengaran satu suara di hujung talian.



“saya lagi 2 minit sampai, tuan!”, kata Jasni.





seseorang itu tak lengkap sikap askar dia kalau dia tak menipu.