DAUN & BATU

Khalis meletup-letupkan jari-jemarinya. letih betul urut badan senior. badan dah lah keras. suruh urut berjam-jam pula tu. tukung urut dalam buku Mastika tu pun boleh surrender. tapi, sekarang Khalis lega. sesi mengurut dah habis. Khalis dah boleh balik bilik untuk tidur petang. tapi, nak balik pun memang cabaran besar. bilik senior di tingkat tiga. maknanya dia perlu menempuh tingkat 2 dan 1 untuk selamat keluar dari bangunan senior. kalau satu tingkat ada 16 bilik, dan setiap bilik ada 2 senior dan kesemua senior tu nampak Khalis dalam bangunan diorang, mahu terberak hijau juga kena belasah. Khalis menyusun strategi keluar dengan penuh cermat.



Khalis tersenyum lebar. hanya beberapa langkah sahaja lagi, dia dapat melepaskan diri dan pulang ke biliknya. tiba-tiba, ada satu bunyi yang betul-betul potong stim.



“kadet.....sini jap kau”, terdengar satu suara.



serentak itu berderau darah di dalam setiap inci tubuh kecil Khalis. perlahan-lahan Khalis melangkah ke arah bilik senior. melangkah sahaja Khalis ke dalam bilik senior, jiwa raga Khalis betul-betul hancur. Manan tersenyum manis seribu makna kepada Khalis. siapa tak kenal Manan. penamparnya sahaja boleh buat kadet kenyang tak payah nak makan tengahari sampai malam. tapi Manan hari itu lain macam. senyum je. muka suci je. Khalis pula tak senang duduk.



“kadet, kau ambil duit sepuluh ringgit ni tiga keping, kau belikan aku Kentaki, topup Maxis 10, dunhill 14 sekotak. kalau ada duit lebih, kau ambil la. aku belanja kau”, kata Manan sambil senyum tak lekang-lekang dari bibir hitamnya.



Khalis merenung tiga helai daun di tangannya. rasa macam nak menangis pun ada.

0 rekrut nak bersuara: