MALAM PERTAMA

malam pertama menjalani latihan asas komando, Jasni dah kena tibai bagai nak gila. penampar, penumbuk, penerajang, penendang semua hinggap kat badan. rasa nak menangis pun ada. tapi Jasni tetap cuba bertahan. ada juga geng-geng Jasni yang kena sebat dengan ekor pari. memang badan menggelitik setiap kali sebatan hinggap di badan. takde dah bunyi-bunyi aduh, sakit mak, alahai kedengaran. cuma kedengaran ungkapan Allah hu Akhbar setiap kali ekor pari meratah tubuh.



“Hah! siapa yang rasa nak tarik diri taknak jadi komando angkat tangan sekarang!”, kata jurulatih Manaf.



spontan dekat 20 orang angkat tangan. memang tak tahan sangat lah tu. tengok muka pun kesian. nak penampar pun tak sampai hati. tapi Jasni tak angkat tangan. Jasni steady. malu beb kalau tarik diri. memang kena kutuk dengan member ni, getus hati Jasni.



“ok. siapa yang nak berhenti pergi kumpul belakang belukar tu sekarang”, arah jurulatih Manaf.



daripada 20 orang tadi, makin ramai pula yang bangun menuju ke belakang belukar. tapi Jasni masih maintain. Jasni pantang menyerah. Jasni betul-betul kental.



semua jurulatih turut menuju ke belakang belukar. Jasni bersyukur. dapat lah juga dia berehat fizikal dan mental sekejap.



daripada belakang belukar, kedengaran suara jurulatih Manaf,



“oooo...kau semua nak tarik diri ye!”


Pang! Pung! Keletang! Keletung! Bak! Buk! Tom! Tom! Bak!



selepas hampir 10 minit bunyi-bunyi tersebut kedengaran dari belakang belukar, suasana jadi sunyi sepi.



tiba-tiba kedengaran suara jurulatih Manaf,



“hah! siapa nak masuk komando balik?”



“saya nak masuk balik!! saya menyesal keluar!! saya nak masuk komando balik!!



jurulatih Manaf senyum sampai ke telinga.

0 rekrut nak bersuara: