KADANG-KADANG, TAK SALAH MENIPU

Petang itu, Jasni ada tugas khas. sebagai seorang tentera muka madu, Jasni ditugaskan untuk mengiring seorang Boss pangkat bintang-bintang kat bahu untuk suatu latihan operasi di barat tanah air. lebih kurang lepas Maghrib, Jasni bertolak dari Kuala Lumpur ke destinasi. perjalanan yang mengambil masa 3 jam dirasakan seperti 13 jam kerana Jasni terpaksa duduk tegak di kerusi. berdisiplin. Boss seorang duduk di belakang. Jasni duduk di tempat co-pilot. kadang-kala terlelap juga Jasni di kerusi Isuzu Trooper yang keras itu. sampai di destinasi, Jasni terus menurunkan Boss di sebuah hotel terkemuka di sana.



“esok kamu ambil saya jam 0430. latihan mula pukul 5 pagi kan?”, tanya Boss.



“ya Dato’”, jawab Jasni serius.



malam itu, Jasni bermalam di bilik Khalis. kawan susah senang semenjak kadet. lama tak jumpa, memang banyak benda nak diborakkan. Khalis pula rajin bancuh Tongkat Ali Cafe. memang cargas lah Jasni berborak. lama berborak, Jasni tak sedar pukul berapa dia terlelap.



Lagu Ja Rule - Always On Time yang telah ditetapkan sebagai nada dering telefon Jasni memecah keheningan pagi. Jasni menggelupur bangun daripada tidur mendapatkan telefon bimbitnya. di skrin telefon, tertera BIG BOSS. jam menunjukkan pukul 0445 pagi. dengan menarik nafas yang panjang, Jasni menekan butang hijau.



“assalamualaikum Dato”, Jasni memulakan bicara sambil sebelah tangan sibuk memasang butang baju.



“kau kat mana hah?! kan aku suruh ambik aku pukul 4:30!”, marah Boss.


“saya tengah tunggu driver ni Dato. saya ada kat dewan blok ni”, kata Jasni sambil sebelah tangan cuba memakai tali pinggang.



“tu bunyi bising-bising tu. kau tipu aku ye Jasni. kau baru bangun tidur ye!”, jelas nada marah pada suara Boss.



“betul Dato. saya depan blok tunggu driver ni”, bohong Jasni. bohong sunat.



“kau berani tipu aku Jasni! siap kau nanti!”.



Boss meletakkan telefon. Jasni terdiam. fikirannya bercelaru. dirinya benar-benar buntu. Jasni tak tahu apa yang perlu dibuat. hendak tak nak Jasni cepat-cepat bersiap dan terus berlari ke depan blok. sambil berlari, Jasni cuba untuk menghubungi driver.



“hello. kau kat mana? cepat ambik aku. dato dah mengamuk kat aku ni!”, kata Jasni.



“saya tengah bawa Dato ni tuan”, kata driver dalam suara separuh berbisik.



spontan langkah Jasni terhenti. hatinya betul-betul gugur ke lantai.