Masuk pagi tu, Jasni sudah tak tahu berapa hari dia dah ada dalam latihan asas komando. yang dia tahu, bangun pagi kena lanyak. nak makan biawak rebus untuk tengahari pun kena lanyak dulu. sebelum dan selepas makan malam pun kena lanyak dulu. sampai Jasni rasa macam dia masuk ujian kelayakan nak jadi ahli gusti. cuma bezanya Jasni tak boleh melawan. diam je. kena terajang, diam. kena penampar, diam. kena libas belakang dengan ekor pari, menggelupur sikit-sikit.
soal mandi tolak tepi awal-awal. memang ada mandi, tapi masa singkat sangat. sebelum masuk latihan, Jasni bukan main lagi syok mandi. dekat sejam dalam bilik mandi pun takpe. janji dirinya bersih. sideburn dan misai Jasni cukur hari-hari, gigi boleh kasi kumur listerine biru, badan boleh pakai shower foam palmolive yang warna merah tu. memang wangi badan Jasni. tapi itu dulu. sekarang mana ada benda-benda camtu. sekarang ni dapat mandi dengan sabun cap ayam pun Jasni dah cukup bersyukur. teruk rupa Jasni masa latihan. badan hitam, lebam sana-sini, daki tebal macam sisa pensil kena pemadam getah, bulu tak bercukur. macam cerita Tom Hanks yang tercampak kat pulau tu.
Jasni tak ambil pusing semua tu. biarlah tak mandi. biarlah tak bercukur. tapi gosok gigi memang penting. memang sejak kecil lagi ayah Jasni dah train dia gosok gigi setiap pagi dan sebelum tidur.
petang itu, Jasni melangkah laju ke bilik mandi. pelatih-pelatih lain semua mandi dalam keadaan tenang. tak ramai yang bersuara. bila semua dah mandi, barulah Jasni mandi. puas Jasni mandi. dirinya dibiarkan berdiri di bawah pancuran sejuk air shower. memang layan. macam dalam cerita omputih. bila tension, mesti coolkan diri bawah shower.
selesai mandi, Jasni tengok tandas semua orang dah clear. tinggal dia seorang. tapi Jasni steady. dia gosok gigi dulu. lama juga Jasni gosok gigi. memang ikut prosedur yang diajar oleh jururawat yang datang ke sekolahnya masa Jasni berada di darjah 5.
selesai mandi dan berpakaian, Jasni berkejar ke tapak berkumpul pelatih. pelatih lain semua tengah push up. depan pelatih, seorang jurulatih yang berbadan tegap sedang menunggu dalam keadaan berpeluk tubuh. badan pun boleh tahan besar. tapi tapak tangan dia lagi besar. kalau kena penampar sedas memang gerenti tersungkur. kalau tak tersungkur pun, gerenti telinga berdesing sampai ke malam.
"kau aphal lambat haa setan?", kata jurulatih kepada Jasni.
"saya mandi tadi staf!", Jasni jawab dengan tegas. mesti tegas. kalau tak tegas, tak komando namanya.
"sebab kau lembab sangat, habis semua kawan kau kena push up. kau tak kesian kat diorang ke? eeee...budak ni. sekali aku haa haa..", kata jurulatih sambil menunjukkan gaya macam nak menampar.
"maaf staf. saya lewat sebab gosok gigi tadi", kata Jasni.
"kesian kawan-kawan kau tak gosok gigi. kau sorang je yang gosok gigi. kau tak kesian ke kat diorang? mana sikap berpasukan kau?", tanya jurulatih.
Jasni tak tahu nak jawab apa. matanya dialihkan pada kawan-kawannya. ada sesetengah tu dah mengeluh sebab lama sangat push up. ada juga yang memandang tepat ke muka Jasni dengan muka sayu.
"sebab kau suka sangat gosok gigi, aku nak semua orang gosok gigi. kau pergi lari ambil berus gigi ko dengan kole plastik satu", arah jurulatih.
*************************************
pelatih komando beratur dalam satu barisan memanjang ke tepi. tak ramai. dalam 20 lebih orang semuanya. Jasni beratur di hujung sekali. bermula dari hujung yang lagi satu, seorang demi seorang menggosok gigi masing-masing dengan menggunakan berus gigi Jasni. dah gosok, semuanya berkumur dengan air di dalam kole dan meludahkan ke dalam kole itu semula. setiap pelatih membuat perkara yang sama. bila dah siap, berus gigi dan kole diserahkan kepada rakan di sebelah untuk membuat benda yang sama.
sampai ke giliran Jasni. Jasni tengok dalam kole dah macam-macam bendasing ada. siap ada warna merah. Jasni tengok pada berus gigi. bulu berus gigi Jasni dah bersepah macam setahun tak tukar. disebalik bulu-bulu berus, kelihatan darah merah. entah siapa yang gosok gigi bagai nak rak sampai berdarah mulut. Jasni rasa macam nak muntah.