Ranking 28 : Kedai Kopi dan Makan Aswindu Binda
Kedai ni kat Lahad Datu. pelanggan utama kedai ni adalah penumpang-penumpang bas ekspres dari Kota Kinabalu, Tawau, dan Sandakan. meja makan kat kedai ni ada 32. tapi nak bagi separuh penuh pun susah. kedai ni hatta seekor lalat pun tak kelihatan. tapi setiap meja dia penuh dengan kumbang bertanduk bersaiz mini. teh tarik dia betul-betul cepat nak prepare. dia tarik sekali je, terus serve. nak kata manis tak. nak kata tawar pun tak. tapi maggi telur dia memang sedap.
Ranking 27 : Restoran Hajimah, Sepangar
Kedai ni boleh dijumpai di Indah Permai. kawasan ni biasanya penuh dengan budak UiTM Kota Kinabalu, budak UMS, budak politeknik Kota Kinabalu dan abang kakak tentera. dalam banyak-banyak kedai makan kat situ, Restoran Hajimah antara yang kurang laku. dia lebih kepada menjual roti canai, roti telur dan mee goreng mamak. orang Sabah ni lebih prefer makan nasi goreng atau food yang lebih berat. anyway, teh tarik dia memang menarik. warnanya, buih putihnya. tapi rasa dia kurang letup. boleh kena kencing manis kalau minum hari-hari dalam tempoh seminggu. nisbah susu kepada teh air dia adalah 4:1.
Ranking 26 : Memori, Taman Melati
Kedai ni sebaris dengan Sabak dan sebelah dengan Kel Food. masa awal-awal aku datang hari tu, teh tarik dia memang sedap. tapi last aku datang prestasi dia betul-betul merosot. teh tarik dia haram buih pun takde. nampak pun selenga je. servis dia pun dah drop. sekarang pekerja dia kurang ajar. cakap pun kerek tak padan budak muda. patut kena terajang kat situ je. chicken chop yang aku order pun sejuk, sos cendawan dia pun sejuk. ini menyebabkan aku muntah bila balik rumah. aku akan berfikir 4 kali lepas ni kalau diajak ke kedai ni lagi. tapi aku bagi dia di ranking 26 sebab dulu-dulu teh tarik dia sedap. takkan dia buat salah sekali kita terus nak condemn kan? benda baik yang dia buat dulu kita mesti berterima kasih.
Ranking 25 : Nasi Ayam Linda Onn, Ampang
Teh tarik kedai ni kurang letup, tapi masih dalam kategori ok. kedai ni kat area Ampang Point. teh tarik kedai ni memang betul-betul panas. mungkin memang style kedai ni buat teh tarik panas betul ataupun pekerja dia taknak campur air sejuk sikit untuk aku. nasi ayam kedai ni ok. tapi tetap tak boleh lawan Nasi Ayam Hainan Taman Melawati. tujuan aku datang nak tengok Linda Onn gagal sebab dia masih berada di konti Sinar.fm. korang dengar tak Sinar.fm? memang lawak betul lah Salih Yaakub tu. Pipiyapong bagitau aku, Salih Yaakub ni ayah sedara dia. sebab tu la Pipiyapong setiap minggu dapat tengok Raja Lawak secara live di studio.
Ranking 24 : Madam Kwan, Bangsar
Kedai ni kat area Jalan Telawi. mula-mula aku datang sini nak cari Restoran Red Chamber sebab terpengaruh dalam Jalan-Jalan Cari Makan. 5 kali round, aku tak jumpa kedai tu. aku on GPS pun tak boleh cari kedai tu. last-last aku makan kat kedai ni. aku order nasi lemak. sedap. tapi tak boleh lawan Nasi Lemak Tat, Taman Melawati. servis kedai ni pantas sesuai dengan harga dia. pekerja dia pun smart je dressing. muka pun nak sombong je. teh tarik dia dalam kategori ok. kedai mahal-mahal ni memang tak pandai sangat buat teh tarik. nak sedap, kena minum kat tepi-tepi jalan je. tapi kawan aku cakap, Madam Kwan KLCC lagi sedap. aku tak pasti. apa kata korang yang pergi testkan untuk aku. dah test, beritahu aku ya.
Ranking 23 : Ipoh Hainan, Ipoh
Kedai ni kat tengah bandar Ipoh. nak cakap area mana pun, aku tak tahu sangat. tapi sebelah kedai ni ada kedai pengantin cina. teh tarik kedai ni keras. tak terasa sangat kemanisan dia. samada dia banyak teh yang keras ataupun dia rendam uncang teh tu lama sangat. servis kedai ni pantas, tapi tukang ambil order dia memang menguji kesabaran. diorang tak faham sangat Bahasa Melayu. terpaksa aku cakap London sikit-sikit. nasi ayam kedai ni memang aku boleh bagi 3 bintang. sedap. kalau nak order side dish, cuba order lemon chicken. memang sedap. tapi tak boleh lawan lemon chicken Restoran Cozy Corner, Ampang Park.
Ranking 22 : Restoran Central Market, Sri Rampai
Kedai ni kat Sri Rampai. betul-betul berhadapan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. kedai ni dari segi keselesaan aku bagi 2 ½ bintang. sempit dan agak panas. mentang-mentang agak laku, boss dia terus taknak renovate kedai bagi besar sikit. teh tarik dia kurang kick. mungkin sebab cuaca terlampau panas hari itu. kalau korang datang sini, aku nasihatkan jangan order maggi dia. memang tak sedap. lobak melampau-lampau banyak. rasa macam order maggi lobak pula.
Ranking 21 : Restoran Wakaf, Tawau
Setiap kali aku pergi Tawau, 100% pasti aku akan makan malam kat kedai ni. menghidangkan makanan ala Thai, kedai ni memang menepati citarasa aku. tomyam asli dia betul-betul sedap. servis juga adalah amat pantas dan pekerjanya yang 100% gadis-gadis muda memang membantu menaikkan nama kedai ni. kalau korang terlampau lapar, aku cadangkan korang try nasi goreng nenas. memang membukit tinggi. gerenti korang tak boleh habiskan. untuk teh tarik dia pula, korang boleh customize korang nak teh macamana. nak manis ke, pekat menggila ke, buih nipis ke, buih separuh cawan ke. rasa macam kat Starbucks.
Ranking 20 : Restoran Keningau, Tawau
Kedai ni kalau tengahari memang penuh menggila. tak sampai sejam, semua lauk mesti habis. kedai ni laku sebab dia menghidangkan lauk-lauk dari Semenanjung. ambil 4-5 lauk pun, kena maksimum pun RM 6. aku rasa harga dia amat berpatutan. kalau area Tawau, aku rasa kedai ni lah yang paling laku waktu makan tengahari. servis kedai ni adalah amat tip top dan keadaan kedai juga adalah bersih dan sangat memuaskan. kalau korang datang malam, aku cadangkan korang order nasi goreng. memang sedap. teh tarik dia sedap. kalau kena dengan rokok singa, lagi sedap.
Ranking 19 : Restoran Keluarga, Sandakan
Nama kedai ni Restoran Keluarga, tapi majoriti orang panggil kedai ni Keadilan sebab atas kedai ni ada markas Parti Keadilan cawangan Sandakan. kalau panggil Restoran Keluarga, memang ramai yang tak tahu. tapi kalau kata Keadilan, semua orang tahu. pekerja kedai ni 95% terdiri daripada wanita. tak kira lah yang memasak nasi, lauk pauk, tebar roti canai, kemas meja, juruwang, semuanya wanita. tapi ada seorang pekerja dia lelaki tua. aku tak tahu tugas dia kat kedai tu apa. teh tarik kedai ni cair, tapi manis. minum secawan boleh. kalau nak order lagi secawan, aku rasa mustahil. kalau korang datang kedai ni, aku cadangkan korang minta roti boom. roti boom ni super sedap. dalam dia ada susu cap teko, kaya dan madu. manis gila. lepas tu cicah kari. memang manjilat jari. aku kalau datang memang confirm order 2 roti boom.
Ranking 18 : Bangi Kopitiam, Taman Melawati
Kedai ni baru sahaja dibuka. baru berapa bulan. aku makan kedai ni sebab mak aku cakap laksa kedai ni terbaik. aku jenis tak makan laksa kecuali laksam dan laksa johor. jadi aku order benda lain. teh tarik dia ok. keras, kurang manis. tapi servis kedai ni lembap dan teh tarik dia tak panas langsung. nak kata suam pun tak. betul-betul potong. kalau panas, mesti sedap.
Ranking 17 – Restoran Dharbar, Taman Melawati
Aku mula layan kedai ni dari zaman sebelum UPSR lagi. kedai ni dibuka pada tahun 1992. sebelum tu, ada Restoran Sudut 12 yang berniaga. memang tak best. tapi bila tukar kepada mapley, hari-hari bisnes kencang. dari pagi sampai pagi esoknya pun, orang sentiasa ada kat kedai ni. yang tua, yang muda, penyanyi pop rock, pelakon Sembilu Kasih, abang-abang MLM Luxor, semua datang kedai ni. kebanyakkan pekerja kat kedai ni dari Nepal, tapi boleh bercakap Bahasa Melayu dengan baik. teh tarik dia ikut si pembuat air. kalau kena yang suka senyum tu, air dia memang best of the best. memandangkan mutu teh tarik kedai ni tak konsisten, maka ranking kedai ni jatuh ke tangga 17. sebelah kedai ni ada Restoran Deen. aku cadangkan korang try rojak dia. aku dengan kawan aku panggil Rojak Super Sakit Perut. memang sedap. tapi bila dah makan, 4 jam lepas tu, korang akan mengalami sakit perut yang amat kritikal di mana bulu-bulu roma korang akan tegak berdiri, badan terasa sejuk, dahi berpeluh, dan perut sakit menggila. kalau aku dengan kawan aku tak keluar mana-mana, baru kami berani makan rojak ni. aku cadang rojak Restoran Deen dimasukkan ke dalam cerita Fear Factor.
Ranking 16 : Restoran Taliban, Inanam
Once upon a time in china dulu, kedai ni memang masyhur. itu masa abang-abang navy masih berpangkalan di Inanam. sekarang kedai ni masih kukuh berdiri walaupun tanpa kehadiran warga navy. kedai ni just jual sarapan pagi dan makan malam. walaubagaimanapun, setiap hari mesti sold out punya. kalau datang waktu malam, aku cadangkan korang try dia punya roti naan. aku rasa ni roti naan terbaik dalam Malaysia. lembut dan berwarna putih. tandoori dia pula basah basah. bila perah limau, memang masyhuk. kalau korang buku Cuti-cuti Sabah, memang kedai ni tersenarai sebab menghidangkan roti naan terbaik di Sabah. teh tarik dia dalam kategori ok. kurang manis, dan banyak betul pati teh dalam tu. betul-betul ho-li-ao!
Ranking 15 : Puti Bungsu, Bandaraya Kuala Lumpur
Kedai ni aku tengok agak eksklusif. yang datang makan pun semua golongan swasta yang smart bertali leher, kemeja belang cantik lengan panjang, seluar licin, kasut metroseksual. kedai ni kat area KLCC dan menyajikan makanan daripada Indonesia. masa aku pergi Medan beberapa tahun dulu pun aku dah test makan makanan Indonesia. ada yang sedap, ada yang nampak pelik. daripada 9 pinggan lauk yang dihidang, aku hanya makan 4 jenis lauk. yang lain aku tak makan. kalau datang kedai ni, jangan lupa makan tunjang, iaitu urat lembu yang dimasak dalam sambal. aku tak makan. tapi kawan aku kata sedap. teh dia agak ceroi (cair) membuatkan rasanya kurang manis. baik untuk mereka yang ada kencing manis atau menjaga diet.
Ranking 14 : Restoran Bismillah, Likas
Kedai ni kat area Likas. ramai pergi kedai ni sebab port dia betul-betul strategik. depan jalan besar, sebelah 7-11, dekat dengan kedai jual topup telefon. boleh dikatakan sepanjang masa kedai ni akan pasang dvd wrestling. tak kira la malam tu ada Akademi Fantasia ke, English Premier League ke, Raja Lawak ke, dia tetap akan pasang wrestling. makanan kedai ni agak kurang best dan menakutkan. peha ayam goreng dia 4 kali ganda lagi besar dari KFC. mungkin terlampau banyak disuntik hormon. murtabak dia pula digoreng deep fry. teh tarik dia dalam kategori ok. keras, tapi tak sekeras Restoran Taliban. kalau korang terasa badan banyak angin, aku cadangan korang try teh o halia dia. sedap betul. thumbs up!
Ranking 13 : Esiah Cafe, Rawang
Kedai ni memang orait. walaupun makanan yang ada dijual kat kedai ni kurang kaw, tapi teh tarik kedai ni memang betul-betul membantu menaikkan nama kedai ni balik. rata-rata pelanggan yang datang kedai ni akan order teh tarik berbanding milo ais. kedai ni dari tukang masak, tukang buat air, tukang kira duit, tukang hantar makan minum semua perempuan. siapa kata wanita tak boleh berdiri sendiri better think twice.
Ranking 12 : Norita Tomyam Seafood, Kota Kinabalu
Kedai ni aku cuba kat dalam pangkalan kawan aku. kedai ni memang terkenal. boss besar dia dulu kerja tentera, tapi sekarang dah berhenti, buat bisnes juta-juta. kat seluruh sabah ni, cawangan kedai ni memang bersepah. kedai ni ok sebab masakan dia ada rasa semenanjung dan sup tulang dia memang sedap. aku tak pernah try sup tulang dia. tapi sup kosong yang dia bagi percuma tu pun dah sedap, kalau sup tulang, mesti lagi sedap. kan? selain dari servis yang amat amat amat amat pantas, korang juga akan berasa puas sebab pekerja dia ramai yang merupakan gadis muda yang sentiasa murah senyuman. teh tarik kedai ni sedap. lebih-lebih lagi bila korang order bersama pisang goreng dan keropok lekor. kalau makan malam, aku cadang korang order teh tarik ni bersama mee goreng minyak banyak dengan telur mata. kombo terbaik. kalah Value Meal Nuggets McDonalds.
Ranking 11 : Teh Tarik Place, One Utama
Kedai ni aku test kat One Utama masa nak tengok wayang satu masa dulu. ada member aku cakap, kedai ni sedap sangat teh tarik dia. tapi bila dah masuk Liga Teh Tarik Malaysia, kedai ni sekadar boleh dapat tempat ke-11 je. itu ikut tekak aku la. kalau ikut tekak korang, of coz kedai lain yang lagi sedap. teh tarik kedai ni dihidangkan dalam cawan yang amat tinggi. oleh sebab tinggi, maka isipadunya lebih tinggi dan seterusnya menyebabkan harga secawan teh tarik di sini berharga RM 2 lebih. kalau dekat One Utama, kedai ni kat sebelah kedai makan Korea tu. dan kalau tak silap aku berada pada tingkat atas atau bawah A&W. air teh tarik dia boleh dikategorikan pada peringkat baik. kedai ni pun ada banyak cawangan. yang aku tahu satu lagi dekat The Curve (area flea market) tapi rasa dia tak sedap macam yang kat One Utama.
Ranking 10 : Restoran Sempelang, Kota Kinabalu
kedai ni aku test kat bandar Kota Kinabalu. kedai ni sikit lagi nak sama level dengan McDonalds sebab cawangan dia dekat Kota Kinabalu ni memang bersepah. kat area Centre Point ada, 200 meter dari situ ada lagi satu. teh tarik dia sedap. dia buat cukup manis, cukup keras. nak kata panas sangat, tak. nak kata suam, tak juga. bila dia hidang je air ni, kau boleh minum terus dalam 2 teguk. ini memang taktik yang sukses. tanpa sedar, kau akan angkat tangan, “cha, teh tarik satu!”.
Ranking 9 : Restoran Sinar Mustika, Inanam
Kedai ni betul-betul depan stesen bas Inanam. memang laku kedai ni. entah pelaris apa dia pakai. serba serbi sedap. sate dia sedap, soto makasar dia sedap, bakso dia excellent, nasi ayam dia pun sedap. teh tarik dia ikut time. kalau korang pergi minum waktu pagi, memang sedap. kalau korang gi minum selepas waktu maghrib ke atas, rasa dia jadi tak sedap sangat. menu cadangan aku bagi mereka yang ingin mencuba, cuba try bakso with extra meatballs dengan teh tarik. perghhh! memang champion. kalah meatballs kat foodcourt IKEA. tapi ada juga aku dengar desas desus yang orang kata meatballs kat kedai ni dibuat dari daging kucing. aku tak pasti. no komen.
Ranking 8 : Restoran Maimunah, Kepayan
Kedai ni korang boleh cari kat area Kepayan. depan airport Kota Kinabalu ada balai polis. masuk ikut jalan tu. kedai ni biasanya penuh dengan abang polis. macam-macam cerita korang boleh dengar dari abang polis. abang-abang polis Sabah memang ramah. Kedai Maimunah ni memang otai. kat kawasan tu sahaja, ada 4 lagi kedai mamak yang running. tapi sampai hari ni Kedai Maimunah masih berjaya maintain customer dia. nasi beriyani dia super sedap. teh tarik dia pun super juga. lebih-lebih lagi kalau minum time hujan renyai.
Ranking 7 : Fauzira Seafood, Manjung
Nombor 7 memang nombor bertuah. that’s why kedai Fauzira Seafood berjaya dinobatkan di ranking ke 7. kedai ni kat Manjung, Perak. teh tarik dia memang sedap. kalau korang nak try teh tarik kedai ni, dinasihatkan supaya datang selepas maghrib sebab kalau lewat, warga-warga askar akan memenuhi kedai ni. majoriti abang-abang askar yang datang kedai ni, selepas menikmati tomyam, daging masak merah, telur bungkus, kailan ikan masin dan udang goreng tepung, diorang akan order teh tarik sebagai pencuci mulut. memang sedap. cuma kurang panas menyebabkan kurang kick. masa zaman aku kat Perak, seminggu wajib 2 kali aku datang makan kat sini. lepas makan, aku pergi layan karaoke lagu Rahmat, Hanya Segenggam Setia. semput. lain kali karaoke dulu, baru pergi makan.
Ranking 6 : Kedai Kopi 889, Kota Belud
Kedai ni boleh dikesan kalau korang menghala ke Kota Belud. aku tak pasti nama area tu apa. aku berhenti minum kat kedai ni pun sebab tak tahan punggung dah kebas lama sangat duduk atas motor. sungguhpun nama kedai ni berbaur Cina, tapi penjual dia ada India dan Melayu. boss dia je perempuan Cina dalam lingkungan 40-an yang sibuk kupas bawang putih sambil tengok Astro Kirana. walaupun teh tarik kedai ni dihidang dalam cawan yang retak dan sumbing sikit-sikit, tapi rasanya memang enak. kat Semenanjung pun, tak semua kedai boleh challenge kedai. pekat teh dia, manis susu cap junjung dia memang cukup sempurna. bila minum, memang dapat rasa kepekatan teh, kemanisan susu dan kepekat manisan teh dan susu. aku tak teragak-agak bagi 5 bintang untuk teh tarik kedai ni.
Ranking 5 : Sinario Cafe, Kota Kinabalu
Dalam carta teh tarik Negeri di Bawah Bayu, aku rasa teh tarik Sinario Cafe yang paling layak dapat nombor satu. tapi bila masuk dalam Liga Teh Tarik Malaysia, secara auto ranking teh tarik kedai ni drop ke tangga ke 5. kedai ni korang boleh jumpa kat area Bandaran. kedai ni sebelah KFC dan depan dia ada wayang GSC dan wayang Cathay Cineplex tempat aku tengok cerita Transformers, Jumper dan Kungfu Dunk. kedai ni dibuka 24 jam sehari, tapi kalau hari tu tak cukup pekerja, dia akan running 20 jam sahaja. teh tarik kat sini bukan macam teh tarik biasa. ianya lebih kepada fusion. teh tarik kedai ni terhasil daripada gabungan molukel dan zarah-zarah atom teh, susu rendah lemak, serbuk kopi Tenom, dan coklat Cadbury yang telah dicairkan. memang sedap betul. kalau korang berkunjung pada waktu malam, korang boleh try order burger kat gerai depan kedai ni. RM 6 satu. tapi kenyang sampai malam esok. berbaloi kan?
Ranking 4 : Kedai bawah pokok ketapang, Pulau Pinang
Kedai ni abang saudara aku yang intro kat aku. dia kata kedai ni paling legend kalau nak breakfast kat Penang. walaupun warna teh tarik dia nampak selenga je, tapi bila dah rasa memang sedap. manis, tapi lembut bermain di lidah. bila telan, kemanisan dan kelembutan teh tarik ni seakan-akan bermain di anak tekak. teh tarik kedai ni first impression dia pun dah agak gagal. warna selenga, buih pun kurang. tapi bak kata mat saleh, dont judge a book by its cover. dah rasa, baru tau memang sedap. that’s why la kedai ni berjaya bertahan selama hampir 50 tahun. kalau korang breakfast kat sini, aku cadang try order roti canai pastu minta lauk daging. memang sedap. gaya hidangan daging tu agak hardcore sebab aku jadi waswas ntah dari bahagian mana datang daging tu. nampak macam liat, tapi bila potong dengan sudu, ekeleh, senang je putus. memang lembut. aku rasa diorang kasi rendam dalam air panadol dulu kasi daging cepat lembut. trend ni memang banyak kedai pakai. tapi untuk kedai ni, aku yakin dia pakai panadol actifast. oh, kedai ni memang takde nama. tapi dia bawah pokok ketapang besar.
Tempat Ketiga : Line Clear, Pulau Pinang
Macha memang pandai buat air. sebab tu la tempat ketiga turut dinobatkan kepada abang macha kita dari Restoran Nasi Kandar Line Clear, Pulau Pinang. melihatkan pada warna teh tarik kedai ni yang extra pekat warna dari kedai-kedai lain, membuatkan aku order teh tarik ni padahal aku baru je habiskan air coke setin. kalau korang baca buku Cuti-cuti Malaysia pun, kedai Nasi Kandar Line Clear ni memang tersenarai sebagai kedai nasi kandar paling letup kat Penang. kedai ni beroperasi kat celah lorong je bro, tapi orang ramai memang sesak kat kedai ni. kedai nasi kandar yang ada aircond sebelah kedai ni aku tengok 3 meja je ada orang. kedai ni mendapat nama Line Clear sebab setiap kali customer dia bayar makanan, si cashier akan jerit kuat-kuat “Line Clear!”. bila pelanggan dah bangun dari meja, macha tukang lap meja akan menjalankan tugas dan selepas meja siap, dia juga akan jerit kuat-kuat “Line Clear!”. walaupun teh tarik kedai ni pekat menggila, tetapi bila digabungkan dengan rasa kari nasi kandar, memang jelas kombinasi terbaik. kalau aku turun Penang lagi, memang sah aku akan turun ke kedai ni lagi.
Naib Johan : Abang Johar, Cheras
Kedai Abang Johar ni kat area Taman Tenaga, Cheras, kat tempat yang banyak warung tu. kedai ni tak susah nak jumpa walaupun ada lebih 50 warung kat area ni. kalau pergi time pagi, memang ramai orang yang datang kena breakfast nasi lemak kat sini. kalau datang time malam, lampu kedai ni kaler hijau, pastu time malam bisnes laksa kat kedai ni memang kencang. kalau korang tengok kat gambar teh tarik dia, buih-buih semua dah hilang sebab aku lupa nak snap gambar sebelum minum. sampai-sampai je kat meja, rupa asal dia memang menarik, tu yang aku teruja terus minum tu. bila dah rasa, memang aku setuju benor dengan rasa dia. aku tak teragak-agak nak ajak member-member sekolah lepak kat sini bila kitorang hangout nanti. asyik-asyik Pelita KLCC pun tak boleh blah juga kan?
Champion : Restoran Valentine, Semarak
Teh tarik Valentine aku nobatkan sebagai Juara Liga Teh Tarik Malaysia. sekali tengok memang macam tiada apa-apa yang special. tapi bila dah test hirup, sebatian paduan susu pekat dan teh akan meluru ke anak tekak dan membuatkan si peminum secara auto memejamkan mata. memang nikmat. roti canai kat gerai ni pun memang special. kalau pegang kuat sikit je, roti canai tu akan berderai. ini membuatkan aku makan roti canai macam menyuap nasi kat rumah. aku dengar cerita, anak buah aku yang asal dari Sandakan pun, setiap kali datang KL mesti turun Valentine. memang jelas betapa championship nya kedai Valentine ni. apa-apa hal pun, teh tarik Valentine memang mantop! (oh, aku juga menonton Raja Lawak)