HARAPKAN TIN, TIN MAKAN BISKUT

Pagi itu lemah betul Khalis nak bangun pagi. badan rasa letih yang amat, otot otot peha betis rasa sengal-sengal, kepala rasa berat. mana tak sakit letih semua, tidur pun 2 jam je malam tadi. dari isyak malam semalam sampai ke subuh tadi, balun tak habis-habis. kalau diikutkan jiwa remaja dalam hati, mahu sahaja Khalis berhenti dari pemilihan komando.


masuk hari ni, sudah 6 minggu Khalis berjaya bertahan dalam pemilihan komando. walaupun 6 minggu, Khalis rasa macam dah 6 bulan dia masuk pemilihan. balun tak henti henti, makan tak teratur, kaki bisul sana sini, mandi tak menentu, hari ni hari apa pun dia dah tak tahu. yang dia tahu, setiap masa dia kena balun. letih dia punya tahap, sampai masa sembahyang pun, boleh tertidur berdengkur masa sujud. itu jam memang kena hentak tulang belakang dengan kasut boot jurulatih. masa tu juga confirm terjaga sambil meraung macam serigala tengok bulan.


walaupun badan Khalis dah teruk kena belasah, semangat dia masih kental. tak kira lah kena sebat dengan ekor pari ke, kena ketuk jari tangan dengan batang rotan ke, kena panggang atas api macam kambing ke, Khalis masih mampu bertahan. biar bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. lagi 6 minggu Khalis bertahan, dia akan berjaya bergelar abang komando.


lepas mandi lebih kurang pagi tu, semua pelatih komando beratur di tapak latihan. pagi tu ada larian 8 km. Khalis bab bab berlari jarak jauh ni memang perform. masa zaman sekolah dulu, dia pernah wakil rumah sukan Cosmos untuk lari 200 meter. cuma kalau disuruh berlari 100 meter je Khalis lemah. enjin dia pick up slow. tapi kalau main distance, memang Khalis champion.


untuk larian 8 km, biasanya pelatih komando akan berlari sambil diiringi dengan jurulatih atau pegawai latih kat belakang. kalau dapat jurulatih yang brutal, memang berlari kencang je sebab kalau lambat, kena sebat. berbirat belakang memang tak style.


sedang pelatih pelatih komando beratur sebelum berlari, dari jauh kelihatan Jasni datang. walaupun Jasni dan Khalis satu skuad kadet, Jasni terlebih dahulu join komando. habis sahaja training di kolej tentera, Jasni terus apply untuk masuk komando. masa tu Khalis belum lagi apply sebab masih tiada wawasan untuk jadi komando.


Khalis lega sebab Jasni yang akan bawa diorang berlari pagi tu. masa zaman kadet dulu, Khalis lah sahabat baik Jasni. time Jasni teruk kena belasah sampai lebam-lebam, Khalis lah yang tolong sapu minyak kat belakang Jasni. masa Jasni kaki terseliuh, Khalis lah yang tolong urut kaki Jasni sampai Jasni menangis menahan sakit. masa Jasni tak dapat keluar bandar sebab kantoi rokok, Khalis lah yang tolong belikan KFC snack plate untuk Jasni. Khalis juga lah yang sama sama makan mamee sambil minum air soya dengan Jasni setiap malam lepas kena belasah. Khalis senyum. dia bersyukur sebab Jasni yang in charge hari ni.


“sini jap Khalis”, kata Jasni.


Khalis keluar daripada baris dan bergerak ke arah Khalis.


“kau nampak apa kat tangan aku? aku nak kau makan sekarang”, kata Jasni.


di tangan Jasni, ada satu beg plastik cili api. Khalis gigil. namun, sebab semangat komando nya terlampau kuat, satu per satu cili padi dimasukkan ke dalam mulut. dikunyah perlahan-lahan lalu ditelan. tak habis pun cili pertama ditelan habis, mulut Khalis terasa macam kunyah batu arang. memang bercinta Khalis nak habiskan satu plastik. Khalis cuba buat muka kasihan depan Jasni. Jasni cuma senyum kejam.


3 hari selepas itu, Khalis di reject daripada latihan komando kerana buasir yang serius.


Jasni Jasni… hati kau keras.

0 rekrut nak bersuara: