calon-calon pegawai tentera semua ada dalam dewan. semuanya bersedia untuk mengambil ujian matematik, ujian english, ujian IQ. meja calon disusun jauh-jauh. Jasni teringat zaman-zaman dia sekolah dulu nak ambil SPM.
calon-calon semua dah ada dalam dewan. tak ramai. sikit lagi nak cecah angka 300. calon-calon Akademi Fantasia pun lagi ramai. orang Malaysia memang camtu. suka sangat hiburan. kalau anak-anak umur 3 tahun dah pandai menyanyi lagu Mawi, emak bapak cukup seronok. Tom Tom Bak la, apa la. aku tangan baru tau. kalau budak 3 tahun dah khatam Quran, ok la nak seronok.
setiap orang diberi nombor calon masing-masing. dari nombor 1 sampai lah ke 200 lebih. Jasni dapat nombor 046. dia antara yang terawal daftar untuk jadi askar hari itu. sebelah kanan meja Jasni, ada seorang budak Jerteh. sebelah kiri Jasni, dinding. baru la sedap nak menyandar atau tidur kalau dia siap awal ujian tu.
kertas ujian diagih pada calon-calon. Jasni dengan pantas menulis nama dan nombor calonnya. masa SPM dulu, kawan Jasni bagitau, kalau tulis nama dengan nombor giliran je pun dah dapat 5 markah. ujian bermula. Jasni menjawab tenang. kadang-kadang je dia kerut dahi.
kertas ujian dikutip. calon-calon masih berada di tempat duduk menanti kertas disemak. lepas disemak, nama-nama mereka yang gagal, diumumkan. Jasni menanti penuh berdebar. harap-harap la aku tak kena reject. kepala dah botak, malu oo kena balik kampung sebab gagal IQ test.
“hah! ni siapa yang nak jadi James Bond ni?”, jerit seorang pegawai tentera udara yang menjadi penyemak kertas ujian. seluruh dewan senyap. semua orang tak faham dengan apa yang pegawai tu cakap. orang-orang air force ni memang pelik sikit.
“James Bond sila ke depan!”
dewan masih senyap.
“siapa sini pakai nombor 7, sila bangun”, arah pegawai air force perut bulat tu.
tiba-tiba, brader Jerteh sebelah Jasni berdiri.
“ha! yang kau pergi tulis nombor kau 007 buat apa! tulis 7 dah la!”, kata pegawai air force.
brader Jerteh malu-malu.
selepas ujian, semua calon-calon berjalan ke dewan makan untuk makan tengahari. Jasni nampak brader Jerteh. kesian pula Jasni tengok dia. tak bercakap langsung. segan agaknya. Jasni cuba untuk beramah mesra.
“nama kau siapa?”, Jasni memulakan perbualan.
“Zamarul”, jawab brader Jerteh pendek.
“oooo. boleh aku panggil kau Bond?”, tanya Jasni.
brader Jerteh tak jadi makan tengah hari.