STAND TWO


“stand two! stand two! stand two!”


suasana jadi hiruk piruk. yang memasak berhenti memasak, yang tidur bangkit tidur, yang mengorek cagu berhenti mengorek. masing-masing ke tempat hendap masing-masing dengan senjata M16 digenggam erat.


posisi meniarap diambil. M16 ditenang sekiranya terjadi apa-apa. sunyi. tiada bunyi kedengaran melainkan bunyi unggas dan air sungai.


10 minit berlalu. jurulatih memberi isyarat clear. masing-masing kembali membuat kerja masing-masing. ooh, yang tadi tu latihan rupanya. arahan stand two dikeluarkan kalau-kalau dirasakan ada ancaman, dan masing-masing akan pergi pada port yang telah ditetapkan.


Jasni sakit perut lagi. sebelum masuk hutan, Jasni dah telan ubat tahan buang air besar. bila dah 3 hari dalam hutan, kesan ubat makin pudar. sakit perut kembali menyerang.


Jasni mencari port-port semak yang dirasakan tebal dan sesuai. Jasni usha keliling. dah puas hati, Jasni cepat-cepat melondehkan seluar untuk menyelesaikan misi.


tiba-tiba,


“stand two! stand two! stand two!”


cilakak!