Sunday routine

megat & uncle battle winning eleven.

Hidup aku amat simple. rutin same je every week. isnin sampai jumaat keje dari 0730 sampai 1900. aku keluar beli2 barang or pegi tengok dunia luar hari jumaat malam and hari sabtu je. aku xkan keluar hari keje sebab aku takut aku xcukup tido. hari ahad pun aku xkan keluar sebab hari ni paling penting sebagai persediaan menghadapi isnin yang paling aku benci. hari ni la aku gunekan baik2 untuk iron baju ke, kilat kasut ke. aku xkemas bilik hari ahad sebab hari ahad hari berehat. kemas bilik only on jumaat lepas balik keje. so, bile bilik kemas, for sure aku akan mendapat tido yang amat sempurna untuk wiken tu.ni aku nak citer rutin setiap hari ahad aku.

0900 – aku akan baru bangun tido time ni biasenye. lepas tu baring2 sambil bace & reply sms.

0930 – tengok spongebob. kartun ni antara faveret aku. 3rd selepas Simpsons & Futurama.

1000 – lepas tgk spongbob, aku akan main ps2 sampai tengah hari.

1230 – time ni aku akan tengok melodi. kena ambik tahu gak gosip2 tanah air. sape rampas laki sape, sape bergaduh kat disko dengan isteri orang, rumahtangge retak sebab ade org ketiga. biasenye gosip2 melodi ngarut je. aku lebih cenderung tengok sebab nak tengok fara fauzana. wahid scenario xbole blah.

1330 – time ni baru la aku mandi. mandi kena lame2 sebab hari ahad hari untuk pamper diri sendiri.

1400 – time camni aku akan tengok if ade cite2 best kat tv. biasenye aku akan tengok cite tamil. aku prefer tamil dari Hindustan. pure lawak.

1600 – time ni untuk main game. faveret onimusha & god of war. main banyak kali pun bole.

1800 – masa yang paling penting. time ni xde sape bole kacau. aku wajib duduk depan tv tengok Lg Mystarz. pilihan aku tashya. ni program realiti pertama yang aku anta undi sms. biasenye aku akan vote 3 kali untuk tashya.

1900 – dinner. tempat wajib = norita tomyam. aku akan makan menu same setiap hari. nasi goreng kampung pedas, bawang putih lebih, telur mata 2 cair, air nenas laici.

2000 – balik bilik. ni mase paling penting. aku akan iron baju untuk satu minggu, kilat kasut sambil tengok buletin utama or dvd rob schneider or adam sandler. sekadar info, aku akan tgk cite anger management yang adam sandler berlakon tu 4 kali every week. kadang2 time ni pegawai2 lain akan datang bilik aku untuk fight winning eleven. team faveret aku, inter milan.

2300 – mandi. aku wajib mandi lewat malam. kalo tak aku xle tido. badan sejuk2, kena kipas, barula mata layan nak tido.

0001 – time ni aku dah kat awang-awangan. tapi bilik aku sentiasa bukak lampu. skang malam2 aku takut. kang datang lagi lembaga pompuan besar kat kepala katil aku, tak tido lagi la aku.

Macam omputih


mase sesi jamming mase tu, aku terdengar aboy berkata kepada bob air :

“sedap betul suare hafiz ni. macam omputih”.

hahaha. cam sial. tapi ini memang betul2 terjadi. terima kasih.

Jalan-jalan Cari Makan

aku rase untung gak aku terlepas gi negeri bawah bayu ni. untung sebab aku suka makan la. sekang dah setahun lebih aku kat sini, unfortunately anak tekak aku still xle accept food2 sini. pelik dan xsedap. korang bayangkan la, kalo order nasi goreng nenas dapat sup kosong bole la diterima. tapi ni lain plak. aku gi order mee kari pun die bole bagi sup kosong. pelik betol la. kawan2 aku kat sabah ade gak cakap yang kalo makan sup2 ni, kulit bole jadi cantik & gebu. maybe that's why la diorang suke sangat serve sup kosong kat sini.

tapi yang bagus tentang orang2 sabah ni, dorang xmembazir mase masak tu. sekali tu aku gi umah kawan aku kat area2 bandar kk ni la. diorang serve kulit tembikai masak lemak cili api. isi tembikai plak diorang blend buat jus tembikai satu jug. bagus gak kan. tapi bagus2 pun, aku xmakan pun. pelik sangat. kalo aku keluar jalan2 kat kk pun, kalo aku kebulur sangat nak makan nasi, aku pegi satu kedai makcik terengganu ni. tomyam die paling sedap dalam dunia ni. cukup masam, cukup manis, cukup pedas.

korang suke makan durian tak? aku rase dah dekat 3 tahun aku xmakan. mase ayah aku beli pun aku xde selera nak makan. risau takut kepala berat+demam. tapi bile aku datang sabah, mula ah nyesal sebab xmakan durian mase kat kl. sini mahal woo. 3 bijik durian je dah rm88 ringgit. real punye cekik darah. maybe kat kk je kot mahal,maybe kat kudat ke,sandakan ke murah lagi kot. kalo la aku tetibe tergerak hati nak makan durian, aku suruh die belah dulu, timbang isi die je. mane aci timbang ngan kulit sekali. aku mane makan kulit durian! maybe orang sabah makan kulit durian kot.

Fulfilling My Childhood Dreams

korang ingat tak zaman2 sekolah rendah korang kena isi ada satu fail tu cita2 korang bile besar nak jadi ape. aku dari darjah 1 sampai darjah 6 aku maintain tiga je cita2 : engineer, doktor, pegawai tentera. bila masuk sekolah menengah, aku ambik LK ngan TK coz aku ingat mende2 camni bole la tolong aku jadi engineer. rupenye, aku xbole la amik LK. aku xtau camne nak cari titik pusat jejari x dan y. nak jadi doktor terpakse cancel sebab aku xamik bio.

lepas aku abis belaja, aku macam xde halatuju (or maybe aku rase awal sangat kot nak serius dlm satu keje tu). aku gi keje kat chinoz. sampaila satu malam tu bile aku balik umah dari keje, mak aku cakap "papa dah dapatkan keje untuk kamu". aku ingat keje ape la aku dapat. bile balik rumah, aku tengok ada surat apply masuk jadi askar. time tu aku xsenang duduk. ye la, aku bukan suka sangat benda2 beruniform ni. masa sekolah pun aku bukan masuk PKBM pun, takat masuk kadet bomba je. dahla kadet bomba semsas tu xpenah daftar official dengan bomba. haram.

so, aku pegi la pemilihan tentera kat kem wataniah(kot) ipoh. ramai gak datang. dekat 130 orang. ramai yang hebat2. dari al azhar ade, newcastle ade, jordan ade, um ade(bagi aku um adalah U yg paling hebat dalam malaysia). ujian kat sini senang. medical test, iq test, fitness test semua aku lepas. paling xbole blah medical test. ko masuk bilik tu ramai2 dalam 20 orang, lepas tu kena legob. aku tengok ko, ko tengok aku, lepas tu gelak2. bukan laki je, pompuan pun doktor india tu tengok gak. ape yg dia tengok pun aku xtau.

sebulan lepas tu aku mase aku tengah tido, aku dapat call dari satu pegawai ni suruh aku lapor kat atma sebab nak angkat sumpah. seminggu gak aku berkampung kat sana. lepas seminggu, aku pun kena hantar ke lumut. masuk je main gate die, perut aku dah lain macam. rase macam nak balik gi kl balik je.

baru seminggu aku kat situ, badan aku mengalami perubahan yang drastik. dari berat 65kg, aku berjaya jadi 57kg. aku rase ni semua sebab aku hilang selera makan(sebab culture shock) + latihan membelasah yang xabis2. pagi2 bangun kol 5, lari 7 km, nak gi breakfast kena belasah dulu, nak gi makan tengahari kena belasah dulu, habis makan belasah lagi. petang xyah cakap la. memang belasah je. malam pun kena. biase dari kol 8:30 sampai kol 12 je. tapi bagus gak kena camni. hasil die, sakit alergik aku terus hilang sampai hari ni.

banyak sebenarnya cite2 lawak mase training. tengok kawan aku ajis guling2>muntah>makan muntah sendiri>lepas tu muntah balik, tengok fendy uwekk uwekk sebab guling lame sangat, tengok mamu nangis sebab kena belasah, tengok an mata berair sebab minum air stokin dan sedikit fab serbuk sebagai perisa. haha. memang lawak la. tapi aku fikir, mende2 ni semua kita bole buat. orang2 sebelum ni bole buat, xkan aku xbole buat. aku xtahan mase training pun bile time blaja berenang. yela, mase kat kampung berenang gaya bebas je. masuk ni kena berenang katak la, kuak tu, kuak ni la. pengsan la aku nak berenang freestyle 16 lap kat kolam tu. aku plak jenis submarine. badan nak tenggelam je. kuak 3 kali pun dah tenggelam. tapi xsia2 ah training2 sukses gak aku at last. skang aku rase seronok gi berenang. seronok tgk orang lain xtau berenang, seronok tgk orang lain kena punish sebab xtau berenang. ala, lame2 pandai la tu.

sekarang, dah setahun lebih aku meninggalkan zaman2 kena belasah ni. fikir2 balik, rindu pun ade. jadi, nak ilangkan rindu, aku plak belasah dak2 junior aku. paling best buli pompuan. diorang ni mental lemah sikit. baru kena sikit muka dah merah2 nak nangis. lagi la aku semangat nak buli. tapi, biasenye aku xtaji teruk. setakat bagi lari padang kawad sampai patah tumit kasut tu pernah la. pegang2 aku xpenah. bukan muhrim tu.

sekarang, aku dah gembira ngan hidup aku. pengalaman aku tu konfem xkan bole dapat kat tempat2 lain. dan yang penting, berat aku dah meningkat balik. 2 hari lepas aku timbang, dah cecah 77 kg. haram. kena berdiet la plak.

Cerita Buah kita



"aku rase buah tempatan memang beracun la. makan durian,demam. makan rambutan, batuk. makan nangka, sesak nafas lak aku. makan buah dari luar ok lak. strawberi ok, makan epal xpenah pulak dapat selsema, makan oren sunkist pun xde efek ape2. aku rase sebab tu la Tuhan cipta buah2 tempatan ni bermusim. musim ni orang2 semua batuk je, musim ni beramai2 demam je"

2 x 5 = 10

hari tu aku kuar nak gi driving range ngan senior aku. mase tu lagu "2x5" yang ahli fiqir nyanyi tengah on air kat hot.fm.

senior : "aku suka betol la group ni"
aku : "nape lak?"
senior : "sebab ni band singapore. us train beb"

cam haram.

Impian Jadi Chef Wan


aku memang suka makanan. aku suka makan+masak+reka ape2 food yg baru(yg still mampu dimakan la). makanan terunggul aku sepanjang aku bernafas mostly food2 pasta la. senang nak masak akceli. sampai Koop pun terkejut aku bole masak spaghetti olio mase xde keje boring2 nak tgk astro kat umah. mase aku zaman2 blaja pun aku dah sibuk nak keje kat kedai makan buat part time mase cuti sem. tp takdela sampai aku nak keje kat kedai2 tomyam yang majoriti digerakkan oleh tenaga kerja dari seberang.

best betol keje kat mcd. tp memang xbole nafi gaji dia amat kecik. kira2 balik, sebulan aku bole dapat $360 je. mane bole rolling camtu duit. nak lrt je dah baper ringgit pegi balik. ngan rokok lagi. tp isu makanan mmg xpenah timbul. keje mcd bole makan semua menda. ko nak buat big mac letak daging ayam ngan telur pun bole. mmg sihat aku keje kat situ.

bile aku dah abis blaja, aku xtau nak keje kat mane. ingat nak rilek2 dulu. mase tu Ejai lepak kat umah aku sbb same2 cari keje. merata gak cari, tp mostly kat klcc je la. ape barang keje kat tempat lain. kitorang gi cari kat chillis, dome. last2 dapat gak keje kat chinoz. nampak mmg ade kelas keje kat sini. aku saje je keje. mase lulus interview je, ejai mmg hepi betol. die mmg aim nak angkat hanset motorazor v3 tu. mahal lagi mase tu. baper ribu ntah.

chinoz memang cam haram. income hari2 masuk $60,000, tp pekerja2 bole minum air masak je. sekali tu aku terkantoi minum susu coklat, bole kena ugut lak nak buang aku keje. haram. racist pun kuat gak kat sini. bos-bos cina anti melayu macam aku+ejai+koop, aku anti vimal(india) yang suka cakap besar, tapi aku ok plak ngan maha(india gak). maybe sebab maha ni ok. dia xberkira bile ko kate ko nak pinjam $10. aku+tenaga2 semsas di chinoz bukan je anti ngan cina+india, dengan melayu pun kitorang ade anti gak. real punye racist.

nak balik keje awal pun xbole kat sini. syif aku start kol 12 tghari sampai kol 8 malam. bile aku nak balik, dorang xbagi balik. dorang pakse aku stay kat situ sampai kol 12. cam sial. kalo aku tumpang koop naik skuter purple die bole la balik lewat. kalo die xde, xkan aku nak naik taxi. lrt pun dah xde mase tu. memang gagal la welfare kedai tu.

skang bile dah berenti keje kat chinoz, aku rase gaji aku keje kat situ memang xberkat la. kasut nike yang aku beli hasil keje kat situ baru pakai bersukan sikit dah jahanam. sampai aku tergeliat dan menyebabkan kaki kiri aku cacat sedikit sampai skang. patut aku beli baju je dengan duit tu atau buku2 idiots guide to .......

p/s: koop, sila pulangkan buku idiots guide to palmistry aku tu. dah dekat 2 tahun ko pinjam.haram.


3rd blog attempt..

memang xsilap lagi.ni kali ketiga aku gatal2 buat blog.sebelum ni memang aku ada buat, tapi buat 2-3 hari, terus hilang semangat nak carry on. leceh. nak update la, itu la, ini la. dahla mase tu aku xde line net. xkan 2 bulan sekali baru nak update. if jarang2 update, bole hilang bahang nak menulis or bercerita ni. tp satu hari tu aku ade main sms ngan Firdaus Abdillah aka Macho. dia ni memang pandai bercerita. gaya tenang nan bersahaja. mase sms2 tu, banyak topik yang kitorang diskus macam bagi la awek sabah kat aku satu, ko baper lame lagi kat sane, air nenas laici aku bile nak blanje and byk lagi la menda ngarut2 yang kurang dari segi kepentingan. last2 tu, sebelum aku nak stop main sms ngan dia, dia ckp dia kempunan nak tgk luahan hati seorang askar. akceli, aku bukan berjiwa askar sangat pun. baju je askar, tp dalam still macam melayu2 di luar sana. so, sebab terdengar luahan hati dia, aku pun start la blogging. hope dapat bertahan and aku taknak dah buat cubaan ke-4 buat blog.