Betul-betul mendatangkan amarah! Menunggu dah lebih setengah jam, tapi satu kereta sapu pun tak nampak. Baju yang dah disembur dengan minyak wangi tiruan berjenama Dunhilli dah mula berbau masam. Ketiak pun dah mula basah. Memang tak guna betul deodorant berjenama murah ni. Haram tak menyerap peluh. Padanlah harga dia lagi murah dari rokok singa kotak kecil. Kamisdan rasa macam nak mencarut.
Kamisdan mula melonggarkan ikatan tali leher hitam yang dari tadi kemas terpasang di kolar kemeja lengan panjangnya. Itu memang pakaian rasmi bagi kadet macam Kamisdan bila nak keluar bandar Melaka. Walaupun kalau niat nak keluar beli KFC atau Mister Potato botol warna biru pun, baju mesti macam tu. Dah sampai bandar, nak tukar pun boleh. Tapi kena pandai-pandai. Kalau ternampak dek senior, memang makan kuah juga malam tu. Tapi Kamisdan berpegang pada prinsip askar, 'Kalau tak kena tangkap, tak salah'.
Lama menunggu, bibir Kamisdan mengukir senyuman. Di hujung jalan, kelihatan sebuah kereta nasional yang boleh dikatakan agak veteran. Biasanya, kereta macam ni geng-geng askar buat jadi kereta sapu je pada hari-hari minggu. Boleh juga meng'generate' tambahan kewangan daripada duduk rumah layan Astro. Sepantas kilat, Kamisdan melambai-lambai tangan untuk menahan kereta tersebut untuk ke bandar.
Berhenti je kereta tersebut di tepi, Kamisdan rasa menyesal yang amat sangat. Di tempat duduk pemandu, kelihatan Tuan Jasni tersenyum penuh makna. Di tempat duduk belakang juga penuh dengan 3 orang leftenan muda. Ah, Kamisdan memang silap besar. Memang dia tak tahu Jasni dan rakan-rakan pergi sewa kereta tersebut untuk berjalan di bandar.
"Ala, kesian kadet. Kau nak pergi mana?", tanya Jasni dalam nada tak ikhlas.
"Saya nak pergi bandar Tuan. Nak beli barang sikit", jawab Kamisdan.
"Meh la tumpang kami. Tapi tempat duduk penuh. Kau duduk dalam bonet boleh?", kata Jasni dalam keadaan senyum.
Mahu tidak mahu, Kamisdan terpaksa bersetuju. Kalau jawab tak mahu, memang kat situ juga dia makan penampar Jasni. Siapa tak kenal Jasni. Dia punya seksaan mental memang A+. Jarang betul Jasni nak seksa secara fizikal. Dia lebih suka cara halus.
Keadaan dalam bonet kereta memang seram. Dahla lantai bonet basah, siap ada bau ikan pula tu. Kalau lah nak diikutkan hati, memang dah lama Kamisdan nak termuntah. Tapi kalau termuntah, mahu juga Jasni suruh jilat balik. Tak sanggup Kamisdan. Bonet pula bukan takat basah dan berbau je, tapi berselerak macam haram. Beberapa kali juga kepala Kamisdan berlanggar dengan spanar. Jasni pula bawa kereta macam hantu. Laju nak mampus. Nak ambil selekoh pun takde brek-brek. Terus tibai je. Berguling-guling juga Kamisdan dalam bonet kecil tu. Bila ada bonggol, Jasni langgar laju-laju. Melompat juga Kamisdan dalam bonet. Kepala tak usah cakap la berapa kali terhantuk. Sedar tak sedar, Kamisdan hanyut dalam lena.
Limpahan cahaya tepat ke mata membuatkan Kamisdan perlahan-lahan membuka mata. Buka-buka je, Jasni dan rakan-rakan dah tersenyum puas.
"Kat mana ni tuan?", tanya Kamisdan dalam keadaan sedikit pening.
"Kat KL la", jawab Jasni sambil melepaskan beberapa penumbuk ke perut Kamisdan.
Kesian Kamisdan. Dahla kepala masih berayun, perut pula kena penumbuk dengan Jasni. Entah dari siapa lah Jasni belajar jadi macam tu.